….

Daurah Tarbiyah Kitab Keharmonian Keluarga & Peranan Ibu Bapa dalam Mentarbiah

Daurah Tarbiyah Kitab Keharmonian Keluarga & Peranan Ibu Bapa dalam Mentarbiah

Daurah khas selama tiga jam akan meliputi keseluruhan kitab: 

صلاح الأسرة ودور الأبوين في التربية 


Keharmonian Keluarga & Peranan Ibu Bapa dalam Mentarbiah. 

Kitab ini mengandungi kalam dari Al-Allamah Sayyidil Habib Umar bin Hafidz dalam terjemahan Bahasa Melayu Malaysia.

Daurah ini akan mengupas permasalahan yang dihadapi ibu-ibu dalam menjalankan amanah Allah SWT yang amat penting sekali iaitu pentarbiahan anak-anak dalam pembinaan keluarga yang harmoni di akhir zaman ini. 

Bagaimana cara-caranya untuk menghidupkan kembali cahaya ilahiyyah dalam tarbiyah anak-anak selari kehidupan seharian yang mencabar kini? 

Bagaimana cara-cara untuk kita menguatkan kembali peranan seorang ibu dalam keluarga? 

Daurah ini insyaAllah akan membantu menghidupkan kembali sinar dan semangat seorang ibu! 



BIODATA PENCERAMAH

Hubabah Ummu As-Siddiq, seorang wanita yang berasal dari nasab yang mulia, merupakan keturunan langsung Rasulullah ﷺ serta keturunan ulama tersohor, Syeikh Abu Bakar bin Salim. Beliau membesar di perkampungan Seihud, negeri Al-Mahara, Yaman, dan dikenali sebagai seorang yang memiliki kecintaan mendalam terhadap ilmu dan amalan agama.

Beliau adalah isteri yang setia kepada Al-Habib Mahdi bin Abu Bakr al-Hamid, seorang ulama yang juga antara murid awal Al-Habib Umar bin Hafidz sebelum penubuhan Dar Al-Musthofa. 

Bersama-sama suaminya, beliau menuntut ilmu dan membina keluarga yang kini telah mengharungi lebih 25 tahun kehidupan bersama, membesarkan lima anak-anak yang kini menjadi contoh teladan melalui tarbiyah yang cemerlang.

Sejak muda, Hubabah Ummu As-Siddiq telah mendalami ilmu dengan bimbingan ayahanda tercinta, Habib Mohammed Mahdi bin Ahmad Al-Hamid, dan menghabiskan 13 tahun dalam pendidikan dan tarbiyah khusus di bawah bimbingan Al-Habib Umar bin Hafidz.

Setelah berumah tangga, beliau dan suami berhijrah ke Tarim, Yaman, di mana mereka mengabdikan diri dalam pengajian di Dar Zahra selama 15 tahun.

Beliau diberkati dengan bimbingan daripada guru-guru mulia seperti ayahnya, Habib Mohammed Mahdi bin Ahmad Al-Hamid, Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz, Hubabah Ummu Salim, dan beberapa guru lainnya di Dar Zahra.

Di Yaman, beliau aktif dalam dakwah dan gerakan kemasyarakatan. Beliau merupakan ahli jawatankuasa Persatuan Al-Biah Al-Mustofawiyah yang diasaskan oleh Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz. 

Sementara itu, di Malaysia, beliau memainkan peranan penting sebagai Penasihat di Madrasah Anwar Al-Batul, Subang Bestari, Shah Alam, serta di Tadika & Madrasah Al-Mustofa House, Denai Alam.

Hubabah Ummu As-Siddiq telah menyentuh banyak jiwa dan kalbu melalui majlis-majlis dakwah yang beliau anjurkan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan. Beliau terus berdedikasi dalam menyebarkan cahaya ilmu dan kebaikan, menyebar manfaat kepada masyarakat di tanah air kita.

Dengan kehadiran dan bimbingan Hubabah Ummu As-Siddiq, kami yakin daurah ini akan menjadi sumber ilmu yang berharga serta memberi inspirasi kepada kita semua.




Jangan lepaskan peluang mendapatkan ilmu cahaya tarbiyah terbaik yang dapat membantu ibu-ibu di waktu genting ini, sebelum tahun ini menutup tirai, tanamkan azam untuk menghidupkan kembali sinar anda sebagai ibu! 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
EARLY BIRD 30 Pembeli Terawal, TANPA Kitab. RM60. (Free Tote Bag!)
EARLY BIRD 30 Pembeli Terawal, RM80: Daftar Daurah, Beli Kitab (Free Tote Bag!)
Tote Bag Daurah Tarbiyah SAHAJA
Kitab Keharmonian Keluarga & Peranan Ibu Bapa Dalam Mentarbiah Karangan Habib Umar Bin Hafidz
Pendaftaran RM100 BERSERTA Kitab & Tote Bag BELUM MULA
Pendaftaran Daurah SAHAJA, TANPA Kitab (Free Tote Bag!) BELUM MULA
Infaq Untuk Kos Operasi Madrasah
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN